Pernah ambil kisah tentang kanak-kanak autisme?
Mungkin tidak, sebab mungkin tiada penghidap autisme dalam keluarga kita kan?
Info kali ini, admin dah mula nak bincangkan pasal "Penyakit dan Diet".
Kita mulakan dengan penyakit autisme yang kebiasaannya terjadi sewaktu zaman kanak-kanak.
Manalah tahu kalau korang ada kawan2 atau saudara-mara atau nak jadi sukarela menjaga kanak-kanak istimewa ni, bolehlah adaptasikan tips-tips cara pemakanan untuk autisme ni.
Autisme atau dalam Bahasa Inggerisnya, Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan sistem saraf yang menyebabkan gangguan pada otak. Ini dapat menyebabkan masalah hubungan komunikasi dan juga masalah sosial.
Pemakanan untuk kanak-kanak Autistik ialah Makanan Bebas Guten dan Kasein.
Gluten ialah protein
yang terkandung di dalam gandum.
Contoh
makanan
yang mempunyai gluten ialah roti, tepung gandum, barli, kek, malta, sos dan
sebagainya.
Kasein ialah protein
yang terkandung di dalam susu dan produk tenusu.
Contoh
makanan
yang mengandungi kasein ialah susu, keju, yogurt, coklat, mentega, sour cream dan sebagainya.
Pesakit autisme
berkemungkinan mempunyai alergi atau sensitif terhadap
makanan yang mengandungi gluten dan kasein. Penghadaman
protein dari gluten dan kasein berbeza bagi pesakit Autisme berbanding manusia
normal yang menyebabkan simptom autistik akan menjadi lebih
teruk. Kebaikan
diet bebas gluten dan kasein adalah untuk mengurangkan
simptom
autistik dan meningkatkan kelakuan sosial dan pertuturan.
Gandum dan produk tenusu merupakan antara jenis makanan yang sangat penting bagi sesetiap hidangan. Kita mungkin akan merasakan kesukaran untuk menyediakan makanan yang bebas dari gluten dan kasein ini.
Di sini admin ada senaraikan contoh-contoh hidangan yang sesuai.
Contoh-contoh menu bebas gluten dan kasein bagi Autisme :
Harap anda semua dapat mencuba dan amalkan diet ini kepada para Autisme. Autisme tidak dapat dirawat, tetapi dengan pemakanan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan simptom2 mereka yang kadang-kala mengganggu gerak kerja orang sekeliling.
Cubaan admin menyuapkan Lempeng jagung (tepung beras) kepada kanak-kanak Autistik. |
"pemakanan yang betul dapat menjadikan anak-anak Autisme merasa kesamaan seperti anak-anak normal buat seketika"