1) Makanan dari sumber tumbuhan
2) Makanan dari sumber haiwan
3) Makanan yang diproses atau produk makanan
Dalam Piramid Makanan Malaysia (Lupa? sila rujuk TD5), sumber tumbuh-tumbuhan kebanyakannya menetap di tingkat 2 piramid dengan ada pembahagian diantara kumpulan Sayur-sayuran dan Buah-buahan.
Diingatkan bahawa kumpulan Buah-buahan adalah sumber tumbuhan yang berkalori tinggi kerana mangandungi gula. Manakala kumpulan Sayur-sayuran merupakan sumber tumbuhan yang mempunyai kalori yang sangat-sangat sedikit. TETAPI, tahukah anda ada jenis sayur-sayuran yang mengandungi kalori? Ia dinamakan SAYURAN BERKANJI.
Sayuran berkanji mengandungi kandungan karbohidrat, maka kumpulan ini bertapak di tapak piramid atau di tingkat paling bawah bersama-sama rakan-rakan karbohidrat yang lain. Ini antara contoh-contoh sayuran berkanji :
Ubi Kayu dan Keledek |
Ubi Keladi |
Ubi Keledek Merah |
Labu |
Senang citer semua jenis makanan ubi-ubian dan sayur-sayuran yang tidak berdaun. Contoh yang lain seperti ubi kentang, sukun, sengkuang, dan lain-lain. Ada juga sayur berkanji (sayur buah/akar) yang kurang kalori dari ubi-ubian ni, macam lobak merah dengan terung.
Jadi, semua jenis ubi-ubian ni, kita anggarkan, satu cawan ubi dipotong dadu, diisi penuh di dalam cawan bersamaan dengan 2 senduk nasi dari segi jumlah karbihidratnya. Maka ini perumpamaannya (gunakan cawan kopi yang 150ml, rujuk TD21) :
1 cawan Nasi = 2 senduk Nasi = 1 cawan Ubi-ubian dipotong dadu
= 150 kcal
"taknak makan nasi ketika berdiet? plihlah sayuran berkanji ke dalam menu sihat anda"
No comments:
Post a Comment