Tak salah jugak sebenarnya kalau kita nak makan terlebih sekali-sekala.
Sekali-sekala tu ada la dalam "sekali dua minggu" atau "sekali sebulan".
Apa yang kita perlu tahu pasal makan secara buffet ni ialah :
- Makanan yang dihidangkan lengkap, dari segi pembuka selera, hidangan utama, pencuci mulut dan air.
- Makanan yang disediakan sangat banyak.
- Setiap kumpulan makanan yang dihidangkan mesti sekurang-kurangnya 5 hidangan yang berbeza. (Cth, untuk kumpulan karbohidrat, akan ada nasi tomato, nasi goreng, spaghetti, bubur, mashed potato dll dalam satu masa serentak)
- Jenis masakan mesti berbeza, ada yang panggang, ada yang rebus, ada yang goreng, ada yang bakar dan lain2.
- Jenis makanan mengikut section, ade makanan melayu, western, chinese, indian, pastry, dessert dll.
- Air kalau boleh ada dalam 3-4 jenis dan lebih, siap ada minuman panas, minuman sejuk, jeli dan sebagainya.
- Boleh tambah bila-bila masa mengikut keperluan nafsu masing-masing.
Sekarang kita dah tahu apa permainan makanan buffet ni. Memang best, lagi2 untuk Food-Lover!
Nak jadi pemakan buffet yang bijak, mudah je.
JAGA SAIZ KUANTITI atau PORSI makanan yang anda ambil.
Ni contoh pengambilan makanan buffet dari admin :
(since admin ni pun jenis yang nak cuba segala benda pulak)
Nasi Putih : 2 senduk Fish Sweet & Sour : 2 keping Ayam Rendang : 1 bahagian kecil (tanpa kulit) Kobis Goreng : 1 cawan Kerabu Pucuk Paku : 1/2 cawan Daging Dendeng : 1/2 saiz kotak mancis |
Ni contoh untuk hidangan utama kat buffet tu,
Ada sedikit ketamakan terhadap Protein di situ, tapi pastikan saiz hidangan dia sedikit.
TIPS-TIPS :
- Kalau nak makan benda lain macam spaghetti ke, bihun ke, bubur ke, pastikan nasi ni ambil lebih sedikit (1 senduk digalakkan)
- Jangan minum sepanjang anda makan. Makan dulu, air minum last2.
- Lebihkan sayur-sayuran kerana sedikit sebanyak ia akan mengenyangkan anda.
- Makan perlahan-lahan, jangan melantak.
- Rehat dalam 5 minit sebelum makan benda yang lain.
- Kalau ambil nasi, kurangkan pengambilan kuah yang berlemak seperti kari, rendang dan masak lemak.
- Hadkan pengambilan pencuci mulut yang manis.
- Kalau ada kambing golek, makan lebih bahagian daging, bukan bahagian lemak.
- Mengidam air manis? Ambil air manis 1/2 gelas, selebihnya tuang air kosong.
- Jangan tamak!
"keep calm and enjoy your food wisely"
No comments:
Post a Comment