Thursday, January 16, 2014

TD30 : Gula dan Buah

Buah-buahan antara kumpulan makanan yang baik dan bagus untuk kesihatan.
Sebabnya, dalam buah ada :
1. VITAMIN yang jarang ada pada makanan lain terutamanya Vitamin C
2. MINERAL seperti kalsium, potassium, magnesium, kuprum (copper) dan lain2 (mengikut jenis buah)
3. SERAT makanan (fiber)

Tapi anda kena tahu juga yang buah-buahan ni mengandungi kandungan gula.
Jadi, bila ada gula, maknanya ada kalori, bila ada kalori, adelah tenaga, dan bila tenaga tak digunakan.. Haaa.. akan menyumbang kepada berat badan.

Tapi janganlah takut untuk makan buah dan terlalu berkira dalam pengambilan buah. (kecuali ada kencing manis, memang kena jaga)

Sekarang nak ajar korang macam mana nak anggarkan gula dalam buah.
Banyangkan setiap saiz kuantiti buah kat bawah ni bersamaan dengan 1 Sudu Makan Gula.

1 Biji Saiz Sederhana
- Epal, Pear, Belimbing, Ciku, Kiwi, Oren.

2 Biji
- Manggis, Plum, Kurma,
- Durian (2 Ulas).

1/2 Biji
- Mangga, Jambu Batu.

1 Potong Memanjang.
- Tembikai, Nanas, Betik, Durian Belanda.

8 Biji 
- Duku langsat, Anggur, Langsat, Longan, Jambu Air (kecil)

5 Biji
- Rambutan, Laici, Pulasan.

Kat bawah ni ada beberapa contoh gambar kuantiti buah mengikut senarai diatas yang dianggarkan sama dengan 1 sudu makan gula pasir.

2 Ulas Durian = 1 sudu makan Gula pasir

5 Biji Rambutan = 1 sudu makan Gula pasir

5 Biji Pulasan = 1 sudu makan Gula pasir

1 Biji Epal = 1 sudu makan Gula pasir

1 Biji Oren = 1 sudu makan Gula pasir

1/2 Biji Mangga = 1 sudu makan Gula pasir

"kesederhanaan pengambilan buah menjana kesihatan yang terbilang"

Saturday, January 11, 2014

TD29 : Lagak Sihat di Majlis Hotel

Apabila mendapat jemputan ke majlis-majlis seperti makan malam, majlis keramaian atau majlis perkahwinan di hotel, tentu kita terbayang-bayang hidangan makanan kat hotel yang menyelerakan dan pelbagai jenis. Disebabkan nak berdiet sangat, apabila mendapat jemputan, rezeki jangan ditolak pula.

Bagaimana ingin menangani masalah dilema seperti ini?
1. Disiplinkan diri
2. Ingat objektif dan misi yang telah ditetapkan utk mengurangkan berat badan
3. Tahan nafsu dan kira berapa banyak kalori yang anda telah ambil
4. Pastikan makanan yang anda ambil seimbang (ade karbohidrat, serat, protein dan sedikit jumlah mknan berlemak dan manisan)

Contoh menu kebiasaan utk Majlis Perkahwinan di hotel.
Nak rasa semua, tapi nak pilih macam mana??
Kita ambil contoh menu Nasi Minyak atau Nasi Beriyani yang dihidangkan secara "dome" atau hidangan ambil sendiri. Macam mana nak pilih?

Di sini ada sedikit TIPS ringkas :
1. Lihat semua jenis makanan yang dihidangkan, kenalpasti kesemua kumpulan makanan.
2. Rancang hidangan anda, perlu berapa banyak karbohidrat, protein dan serat (sayur dan buah), dan juga pencuci mulut.
3. Kalau nak ambil 2-3 jenis makanan satu kumpulan, pilih dalam kuantiti yang sedikit. Contoh :
KarbohidratTerasa nak makan Nasi, Kentang, Papadom, Kuih Tradisional (cth : Kuih Lapis)
- Jadi, ambil 2 senduk nasi, 2 potong kentang kecil, 1 senduk papadom dan 1 potong kuih lapis.
ProteinTerasa nak makan daging rendang, ayam masak merah, ikan sweet sour, kuah dalca.
- Jadi, ambillah 1 potong daging (saiz kotak mancis), 1 ketul ayam masak merah (saiz kecil), 3 potong ikan sweet and sour, 1/2 senduk kuah dalca.
4. Hati-hati dengan air manis, jangan lebih dari 1 gelas. (Biasenye dihidangkan juga air panas, jadi gunalah 1 sachet gula sahaja)
5. Makan dulu, baru minum selepas 10-15 monit selepas makan.
6. Gunakan konsep PILIH "Air Manis? - Buah? - Pencuci Mulut?". Kalau anda pilih buah, kurangkan air manis dan pencuci mulut, kalau pilih air manis, kurangkan buah dan pencuci mulut dan sebagainya. (Ni utk kawal kandungan gula dalam badan)

Contoh Menu utk Majlis di Hotel
Aplikasikan TIPS no.3 di atas.
"raikanlah majlis-majlis kenalan anda sebagai sebuah memori terindah"

Thursday, January 9, 2014

TD28 : Sayuran Berkalori

Dalam dunia makanan secara am, ada 3 jenis makanan iaitu :

1) Makanan dari sumber tumbuhan
2) Makanan dari sumber haiwan
3) Makanan yang diproses atau produk makanan

Dalam Piramid Makanan Malaysia (Lupa? sila rujuk TD5), sumber tumbuh-tumbuhan kebanyakannya menetap di tingkat 2 piramid dengan ada pembahagian diantara kumpulan Sayur-sayuran dan Buah-buahan. 
Diingatkan bahawa kumpulan Buah-buahan adalah sumber tumbuhan yang berkalori tinggi kerana mangandungi gula. Manakala kumpulan Sayur-sayuran merupakan sumber tumbuhan yang mempunyai kalori yang sangat-sangat sedikit. TETAPI, tahukah anda ada jenis sayur-sayuran yang mengandungi kalori? Ia dinamakan SAYURAN BERKANJI.

Sayuran berkanji mengandungi kandungan karbohidrat, maka kumpulan ini bertapak di tapak piramid atau di tingkat paling bawah bersama-sama rakan-rakan karbohidrat yang lain. Ini antara contoh-contoh sayuran berkanji :

Ubi Kayu dan Keledek
Ubi Keladi
Ubi Keledek Merah
Labu

Senang citer semua jenis makanan ubi-ubian dan sayur-sayuran yang tidak berdaun. Contoh yang lain seperti ubi kentang, sukun, sengkuang, dan lain-lain. Ada juga sayur berkanji (sayur buah/akar) yang kurang kalori dari ubi-ubian ni, macam lobak merah dengan terung. 

Jadi, semua jenis ubi-ubian ni, kita anggarkan, satu cawan ubi dipotong dadu, diisi penuh di dalam cawan bersamaan dengan 2 senduk nasi dari segi jumlah karbihidratnya. Maka ini perumpamaannya (gunakan cawan kopi yang 150ml, rujuk TD21) :

1 cawan Nasi = 2 senduk Nasi = 1 cawan Ubi-ubian dipotong dadu 
= 150 kcal

"taknak makan nasi ketika berdiet? plihlah sayuran berkanji ke dalam menu sihat anda"

Tuesday, January 7, 2014

TD27 : Cool Blog

SLOT KAFE / RESTORAN #1

Hai para-para diet sekalian,
Kadang2 kita rasa geram je kat kiosk-kiosk ataupun restoran2 Fast Food ni, mane tak nye, benda-benda tu semuanya sedap, tapi kandungan nutrien die tak berapa sesuai dengan orang-orang yang tengah mengawal berat badan. 
Jadi, admin nak bagi sikit tips-tips kat korang dengan mewujudkan satu slot "Kafe/Restoran" dengan labels "DineOutDiet" kat blog ni. Kepada syarikat2 produk makanan ni, mohon kebenaran untuk menggunakan nama-nama syarikat kalian. Tiada niat buruk, hanya untuk berkongsi pendapat. =)

Kiosk Makanan pertama ialah : Cool Blog.
Anda suka Cool Blog? Bagi yang meminatinya, ni nak bagi tips sikit dalam pemilihan menu dengan lebih sihat.

Sila patuhi arahan :
"You can also ask for LESS Sugar"
Gambar -
Teh Tarik Blog (tanpa gula) dengan Jeli kopi
(Pilihan Admin)

TIPS MEMBELI COOL BLOG SECARA SIHAT :

1. Pertama sekali, kenal pasti perisa kegemaran anda. Ada perisa yang menggunakan kordial pekat, ade yang guna serbuk. Ini die punye pengkelasan :

KORDIAL PEKAT : Strawberi, Oren, Mangga, Kiwi, Madu, Epal Hijau, Sour Plum, Anggur, Laici, Lemon, Limau, Blueberi, Markisa (Passion Fruit), Pic, Peppermint, Nenas dan lain-lain.

SERBUK : Blue Coral, Tembikai Susu (Honey Dew), Coklat, Vanila, Keladi (Yam), Teh Tarik dan lain-lain.

Satu benda yang korang kena tahu pasal coolblog ni, kalau perisa-perisa yang menggunakan kordial pekat, benda tu sangatlah manis dan tinggi kandungan gula (anggaran 15ml gula)
Kalau perisa dari serbuk, biasanya dia akan tambah air gula sebab serbuk tu kurang kandungan gula.

2. Jadi jika anda memilih perisa yang dari kordial pekat, mintak dia kurangkan perisa tu kepada setengah dan minta milkshake untuk menambahkan tekstur creamy atau mintak yogurt untuk menambahkan rasa masam. (Pemilihan paling kurang kalori adalah blended biasa)

3. Jika anda memilih perisa dari asas serbuk tanpa menambah pearl/jelly, minta kurang gula dan jika anda ingin tambah pearl atau jelly, jangan minta gula langsung. Ini kerana jelly tu dah cukup manis.

4. Untuk minuman milktea, green tea atau red tea yang ditambah perisa, kurangkan gula kepada suku kerana teh tu semua dah ada gula.

5. Untuk teh-teh yang ditambah perisa, jangan minta kurang ais kerana ais tu sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa manis dekat minuman anda.

6. Minumlah Cool Blog di antara dua hidangan yang besar (main meal) seperti minum pagi atau minum petang kerana minuman manis tidak sesuai diminum ketika makan di waktu main meal (sarapan / makan tengahari / makan malam)

 "jadikan Cool Blog minuman pencuci mulut anda yang lebih menyihatkan"