Monday, September 15, 2014

TD36 : Makanan Isyarat

Rakyat Malaysia sangat bagus dalam mematuhi peraturan jalan raya, lagi2 lampu isyarat.
Setiap perkara ada peraturan dan panduan, tetapi nampaknya orang kita lebih mudah ikut lampu isyarat dari ikut Piramid Makanan.
Sebabnya? orang kita pentingkan keselamatan.
Tahukah anda makanan juga kita kena pandai memilih atas dasar kesihatan dan keselamatan diri juga.
Bagi memudahkan anda semua, admin nak kongsi satu jenis panduan diet mudah iaitu, "Diet Lampu Isyarat"

Cara untuk lihat panduan ni senang je, sama macam lampu isyarat kat jalan raya.
Merah (Berhenti) = Kurangkan atau berhenti untuk makan.
Kuning (Sedia untuk berhenti) = Makan dalam kuantiti sederhana dan kawal pengambilan.
Hijau (Jalan) = Makan dalam kuantiti yang banyak, teruskan makan dan makan.

Panduan Diet Lampu Isyarat.
(Sumber : Keratan Akhbar)
**Lupa suratkhabar apa.. hmm

MERAH
- Makanan berlemak, tinggi gula ringkas, tinggi garam, snek2 ringan, makanan yang diproses, pastri dll.

KUNING
- Makanan berkarbohidrat termasuk sayur berkanji dan buah-buahan.
- Ingat, karbohidrat dan gula adalah dua benda yang sama cuma bezanya dari segi gula ringkas (gula semata2) dan gula kompleks (yang mengandungi serat).

HIJAU
- Sayur-sayuran hijau yang berdaun serta jenis2 gandum yang tinggi serat.
- Air kosong atau air yang kurang manis atau tidak bergula.

"patuhi makanan isyarat sambil berlumba2 untuk menjadi sihat"

Friday, September 5, 2014

TD35 : KFC

SLOT KAFE / RESTORAN #3

Restoran : KFC
KFC merupakan antara restoran fast food yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Terdapat lebih dari 500 cawangan KFC telah dibuka di seluruh Malaysia. Maka, anda semua akan mudah terdedah dengan godaannya serta mudah untuk mendekati restoran ini.

Secara lumrahnya, ayam dan makanan-makanan lain di KFC ni sangat tinggi lemak dan garam. Tapi sebagai pendiet yang bijak, kita masih boleh mengatasi masalah ini.

Sebelum pergi ke tips, lihat kandungan kalori pada setiap bahagian Ayam Hot & Spicy KFC.

Lihat KANDUNGAN nutrien dan kalori bagi
bahagian2 ayam tertentu.

*Abaikan %RNI
(Recommended Nutrient Intake) sebab takut anda xfaham.
Pertama
Lihat sekeliling anda, anda makan seorang atau makan ramai-ramai?
Seorang? Pilihlah set yang sedikit kandungannya, contoh terbaik Snack Plate atau X-Box (burger colonel, lebih kecil). Jaga porsi anda.

"Alaa, kalau setakat ayam 3 ketul, dinner plate tu saya boleh habiskan la"
JANGAN ! Tak kisah lah kalau anda nak simpan saki baki seketul atau dua ketul ayam buat makan malam ke ape.. Tapi, biasakan diri anda untuk makan ayam 2 ketul maksima untuk 1 hari.

Kedua
Apa yang membuatkan ayam ni tinggi kalori?
KULIT!, ya, kulitnya.
Jadi cadangan admin, jika korang beli Snack Plate (2 ketul ayam), salah satu ayam tu kita buang kulitnya. Membazir? Ya, tapi membazir ke arah yang lebih menyihatkan.

Ketiga
Air gas = Gula tinggi serta bergas.
Cadangan admin, pilih jus oren dan jangan sesekali mintak tak nak ais. Biar je ada ais tu supaya dapat mengurangkan tahap kemanisan air tu. Haus lagi? minumlah air kosong, pergi beli dekat kedai runcit sebelah.

Keempat
Side Dish seperti Twister, Cheezy Wedges, Zinger Burger dan lain2.
Anda boleh makan, tapi jangan makan semua ni serentak bersama hidangan utama macam Snack Plate atau Rice Plate.. Tak salah untuk membungkus.

Ini contoh hidangan yang biasa admin order.
Snack Plate (1 ketul ayam dibuang kulit)
+ Air jus oren dengan ais.
*Ada ayam, sayur dan roti. Seimbang!

**Kulit ayam buang sendiri tau!
Jangan order ayam tanpa kulit pulak..hehe


"makan hingga menjilat jari dengan lebih sihat"