Monday, August 18, 2014

TD34 : Sedapnya Biskut Raya!

Salam,
Pertama sekali admin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.
Sayang sekali, tiada entri berkenaan dengan puasa pada bulan Ramadhan yang lepas. Bukan mengalah, bukan malas, cuma tiada masa terluang untuk berkongsi tips diet ketika berpuasa.

Sekarang kita berada dalam penghujung bulan syawal, waktu dimana berpusu-pusu orang nak buat OPEN HOUSE. Mungkin golongan2 penggemar diet sudah pun terbaca mana2 artikel berkenaan dengan "Tips Makan di Rumah Open House". Jadi admin tak perlu nak sentuh pasal tu, apa yang admin nak fokuskan untuk kali ni ialah : BISKUT RAYA.

Selain hidangan utama, setiap rumah mesti ada menyediakan biskut raya atau kerepek-kerepek dekat dalam balang kuih. Biasanya kita akan makan biskut-biskut ni semasa kita sedang giat berborak dengan tuan rumah. Untuk menjalani diet yang berkesan, hati-hati dengan biskut raya! Apa yang anda kena tahu dengan biskut raya?

  • Kebanyakan biskut raya adalah jenis makanan padat kalori.
  • Kebanyakan ramuan dalam biskut, wajib ada tepung, marjerin dan gula. (bahagian asas)
  • Penyumbang kalori, bukan sahaja gula, tetapi tepung dan marjerin tu lebih banyak menyumbang. (ini belum tambah yang ada coklat dan kacang)
  • Biskut raya kegemaran pasti akan menjadi gian dan tanpa kita sedari, kita boleh habiskan satu balang tanpa sedar.
  • Ada ke biskut raya sayur? kalau ade pun, 1 dalam 50 jenis kan.
Saiznya kecil, tapi kalori nya setanding sesenduk nasi.
Sebabnya, tepung, gula, marjerin, coklat, telur dan lain2
adalah penyumbang kalori anda!

Tips untuk menjadi pemakan biskut raya yang bijak :

1. Makanlah biskut raya selepas makan hidangan utama, sebab bila anda kenyang, anda tak makan manisan dengan banyak.
2. Jika terdapat 5 jenis biskut yang terhidang, dan anda nak rasa semua, sila rasa hanya 1 biji biskut setiap darinya.
3. Makan biskut raya yang betul-betul anda rasa tertarik nak makan.
4. Pilih yang tidak bercoklat, pilihan yang berkacang seperti badam, gajus atau kuaci adalah lebih baik. (sebabnya, ada lemak baik dan ada serat)
5. Minum air kosong selepas makan biskut raya.
6. Kalau kerepek, beringatlah, jangan makan terlalu banyak sampai habis satu balang, biasanya kerepek ini melekakan.
7. Ingat, setiap ramuan dikira kalorinya; tepung, telur, marjerin, gula, cornflakes, oat, coklat, kacang, jem nenas. apa lagi? haaa.. kira, kira.

Jadi, kesimpulannya, bersederhanalah kerana dalam sehari, kita hanya perlu ambil 2000 kcal sahaja bagi yang betul-betul nak diet.

"selamat hari raya, selamat menjamah biskut raya"