Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

TD37 : Rahsia mereka, kata mereka...

Carta Kedudukan Populasi Berlebihan Berat Badan,
Asia Tenggara.

Sumber: WHO, 2011
Malaysia pernah digemparkan dengan carta kedudukan bagi populasi yang berlebihan berat badan antara negara-negara di Asia Tenggara. Dan yang paling sentap sekali, Malaysia telah mendapat tempat yang PERTAMA !!

Kebiasaannya, kita berbangga jika mendapat No.1 dalam mana-mana carta, namun kedudukan ini memberikan sedikit persepsi negatif terhadap masyarakat kita.

Antaranya :
- Rakyat Malaysia tidak ada kesedaran berkenaan dengan kesihatankah?
- Apakah rakyat Malaysia tidak tahu jenis makanan yang sihat?
- Apakah mereka tidak tahu, dimana berlebihan berat badan itu bersangkut paut dengan pelbagai jenis penyakit?

Malaysia memang terkenal dengan makanannya. Dari sudut budaya utu sendiri, orang kita memang gemar makan makanan berminyak, berlemak, manis dan masin. Sebab apa? Malaysia Truly Asia, Ya, sebab pelbagai kaum menghasilkan pelbagai jenis makanan yang bercampur aduk, setiap makanan mempunyai rasa yang tidak boleh dijelaskan dan sebagainya.
Apa-apa pun, nasihat admin, budaya tidak boleh diubah, yang perlu ubah ialah KITA !!

Mengikut carta kedudukan tersebut, negara yang mendapat tempat yang paling ideal atau kurang berat badan ialah Vietnam, Kemboja dan juga Laos. Jadi sekarang admin ada menembual dengan kawan admin yang berasal dari sana untuk memberi pendapat mereka berkenaan dengan diet yang mereka praktikkan di negara mereka.

Ada 2 SOALAN yang admin keutarakan :
(Soalan dan jawapan telah ditranslasikan kepada Bahasa Melayu dan Bahasa mereka sengaja dikepilkan sekali bagi menghormati jawapan sebenar mereka dari sudut pertuturan yang lebih selesa buat mereka)

-------------------------------------------------------------------------

1. APAKAH RAHSIA MASYARAKAT ANDA UNTUK MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG BAIK DARI SEGI PEMILIHAN MAKANAN?

VIETNAM :
"Thức ăn phổ biến của người VN mang tính thanh đạm, như cá, thịt heo… được chế biến bằng cách luộc, hấp, và đặc biệt dù với bất cứ món ăn hay bữa ăn nào, người VN có thói quen ăn kèm với rất nhiều rau. Do đó, tuy người VN sử dụng tinh bột khá nhiều – chính là cơm trong bữa ăn hàng ngày, nhưng chúng tôi vẫn giữ được vóc dáng mảnh mai."
- Lưu Trần Vĩnh Trinh
[BM]
"Makanan harian orang Vietnam biasanya sangat plain (ringkas) seperti ikan, daging khinzir yang direbus dan mereka sering memakanannya bersama satu hidangan besar sayur-sayuran. Oleh itu, walaupun orang Vietnam mengambil kanji (seperti nasi), kami tetap dapat mengekalkan berat badan kerana pemakanan yang seimbang dan cara masak yang tidak berminyak."

KEMBOJA (Cambodia) :
"អាហារខ្មែរជាធម្មតាតែងមានភ្ជាប់ជាមួយបន្លែ និងត្រី។ យើងប្រើប្រេងតិចឬមិនប្រើប្រេងផងក៏មានដែរ។ ជាធម្មតាគ្រួសាររបស់ខ្ញុំញាុំបន្លែច្រើនហើយវាមិនមានន័យថាយើងហូបបួសនោះទេតែវាដូចជាទម្លាប់របស់យើង។ (ជាធម្មតាគ្រួសាររបស់ខ្ញុំបរិភោគអាហារសាបឬផ្អែមបន្តិច) ។ ម្ហូបខ្មែរភាគច្រើនញាុំជាមួយនឹងបន្លែស្រស់។."
- Kem Borivath
[BM]
"Saya tidak tahu rahsianya, tapi boleh dikatakan semua makanan orang Kemboja mengandungi sayur-sayuran. Kebanyakan makanan kami juga diperbuat daripada ikan dan kami menggunakan minyak yang sedikit atau tidak guna minyak langsung dalam masakan. Satu perkara lagi, kami banyak makan sup (sayur dan daging). Kebiasaannya, keluarga saya selalu makan nasi dan sayur sahaja, bukan kerana kami vegetarian, tetapi benda ni da jadi rutin kami. 
Kami mempunyai banyak makanan yang dihiasi dengan sayuran segar. Saya beranggapan, itu yang membuatkan orang Kemboja sangat kurus. Walaubagaimanapun, ada juga orang Kemboja yang gemuk, tapi bukan disebabkan oleh makanan, kes tu samada dari alkohol atau genetik."

LAOS :
"ອາຫານລາວ ສ່ວນໃຫຍ່ຈະເປັນອາຫານເພື່່ອສຸຂະພາບ, ມີສ່ວນປະສົມຂອງສະຫມູນໄພ ແລະ ມີຜັກເສີບຄຽງ ຕົວຢ່າງ : ອາຫານລາວເຊັ່ນ ລາບ, ກ້ອຍ, ເອາະ, ແກງຫນໍ່ໄມ້, ຕຳຫມາກຫຸ່ງ ທຸກເມນູແມ່ນມີຜັກເສີບຄຽງ."
- Sam Sakthavy Xaobouddavong
[BM]
"Kebanyakan makanan Laos sangat sihat dimana ia mengandungi pelbagai jenis herba sebagai ramuan utama dalam sesebuah hidangan. Makanan orang Lao dihidangkan bersama sayur-sayuran dan juga pelbagai jenis hidangan berasaskan sayuran seperti sup rebung, larb (salad daging cincang) serta salad betik."

-------------------------------------------------------------------------

2. APAKAH JENIS MAKANAN MALAYSIA YANG ANDA TAHU? 
PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH CADANGAN YANG BOLEH ANDA BERIKAN KEPADA ORANG MALAYSIA DALAM MENGAMALKAN PEMAKANAN SECARA SIHAT?

VIETNAM : 
"Về ẩm thực Malaysia, tôi chỉ biết đến thức ăn dành cho người đạo Hồi (Halal Food). Theo tôi, nếu muốn mảnh mai, các bạn nên cắt giảm lượng đường bột trong khẩu phần ăn hàng ngày và tập thói quen ăn rau trong bất cứ bữa ăn nào trong ngày."
- Lưu Trần Vĩnh Trinh
[BM]
"Berkenaan dengan makanan Malaysia, saya hanya tahu tentang makanan untuk orang Islam (makanan Halal). Pada pendapat saya, jika orang Malaysia nak menjadi lebih kurus, mereka perlu mengurangkan kadar pengambilan glukosa (gula) setiap hari dan cuba untuk mengambil sayur-sayuran hijau dengan banyak bagi setiap hidangan setiap hari."

KEMBOJA (Cambodia) :
"ខ្ញុំបានភ្លក់រស់ជាតិនិងការបរិភោគអាហារជាច្រើននៅម៉ាឡេស៊ីប៉ុន្តែខ្ញុំមិនអាចចាំឈ្មោះទាំងអស់បានទេ។អ្វីដែលខ្ញុំចង់និយាយអំពីរបបអាហារនៅក្នុងប្រទេសម៉ាឡេស៊ីនោះគឺពួកគេញាុំប្រៃបន្តិចនិងផ្អែម។ អាហារនៅទីនោះភាគច្រើនហឹរ (ចំណាំម្ហូបអាហារនៅប្រទេសកម្ពុជាគឺមិនមានរសជាតិហិរទេ ប្រសិនបើអ្នកមិនដាក់ម្ទេសដោយខ្លួនអ្នក)  
ការផ្ដល់យោបល់របស់ខ្ញុំទៅប្រទេសម៉ាឡេស៊ីដើម្បីអនុវត្តការបរិភោគអាហារដែលមានសុខភាពល្អ? ខ្ញុំមិនដឹងថាតើខ្ញុំអនុវត្តការបរិភោគអាហារដែលមានសុខភាពល្អកំរិតណាទេ។ ប៉ុន្តែយើងគួរតែកាត់បន្ថយអាហារខ្លាញ់និងអាហាររសជាតិហិរខ្លាំង តែហូបបន្លែ (ស្រស់) ឲ្យបានច្រើនវិញ។."

- Kem Borivath
[BM]
"Saya telah rasa pelbagai makanan Malaysia, tetapi saya tak ingat semua namanya. Apa yang saya boleh komen tentang makanan Malaysia ialah kebanyakannya sangat masin dan manis. Sesetengah makananannya juga sangat pedas (makanan Kemboja tidak pedas melainkan anda letak cili mengikut selera masing-masing). 
Cadangan saya untuk mengamalkan pemakanan yang sihat? Saya tidak pasti samada orang Kemboja juga mengamalkannya atau tidak, tapi lebih baik untuk orang Malaysia mengurangkan minyak dan kepedasan dalam makanan dan tingkatkan pengambilan sayur-sayuran segar."

LAOS :
"ອາຫານມາເລເຊຍສ່ວນໃຫຍ່ແມ່ນມີທາດແປ້ງ ລົດຊາດກໍ່ອອກຫວານ ມີນໍ້າກະທິເປັນສ່ວນປະສົມຫລັກ ສະນັ້ນຖ້າຫລຸດແປ້ງ ແລະ ນໍ້ຳຕານໄດ້ກໍ່ຈະດີ ພ້ອມທັງກິນອາຫານຈຳພວກຜັກ,ປາ ຕື່ມ."
- Sam Sakthavy Xaobouddavong
[BM]
"Makanan Malaysia yang saya tahu ialah Nasi Lemak. Saya rasa orang Malaysia banyak mengambil makanan tinggi karbohidrat dan gula. Kebanyakan masakan mereka juga banyak menggunakan santan sebagai bahan dalam masakan. Adalah lebih baik jika mereka dapat mengurangkan pengambilan makanan yang telah saya nyatakan di atas dan makan lebih sayur-sayuran dan juga ikan."

-------------------------------------------------------------------------

Jadi, itulah sedikit sebanyak pendapat mereka berkenaan dengan cara pemakanan mereka dan cadangan mereka buat kita berkenaan dengan pemakanan sihat. Betul atau salah, itu sekadar pendapat mereka, apa-apa pun, bolehlah kita merujuk kepada pakar pemakanan dan pegawai dietetik di Malaysia ini kerana mereka lebih arif dengan budaya kita.


Gambar admin bersama rakan dari Kemboja, Vietnam dan Myanmar
semasa di Phnom Penh, Kemboja.
Lihat sarapan mereka, semuanya bersup dan bersayur.

Makanan sarapan mereka. sup yang direnih tanpa minyak,
sumber lemak hanya didapati dari sumber daging.
Admin makan biskut dan minum air yogurt je,,
tak Halal tu makanan diorang.. hehe

Jangan kita pandang perkara ini dari sudut sosioekonomi, tetapi jadikan cara makan mereka sebagai tunggak untuk kita mula dan ubah cara makan kita untuk menjadi lebih sihat.

Jangan tinggalkan nasi lemak, nasi minyak, ayam rendang dan lain-lain, malah ambillah makanan ini dengan cara yang lebih sihat dari segi kuantiti dan cara masak. Admin akan berusaha untuk memerikan tips-tips yang berguna untuk menjadikan makanan kita lebih sihat dan mengamalkan cara makan yang lebih sihat.

* Terima kasih kepada penemuramah, Luu (Vietnam), Bori (Kemboja) dan Sam (Laos).

**Translasi kepada Bahasa Melayu berkemungkinan kurang tepat kerana ianya ditranslasikan dari Bahasa Inggeris yang mereka sediakan.


"mari kita wujudkan satu rantau yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat, contohilah jiran kita"

Monday, August 18, 2014

TD34 : Sedapnya Biskut Raya!

Salam,
Pertama sekali admin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.
Sayang sekali, tiada entri berkenaan dengan puasa pada bulan Ramadhan yang lepas. Bukan mengalah, bukan malas, cuma tiada masa terluang untuk berkongsi tips diet ketika berpuasa.

Sekarang kita berada dalam penghujung bulan syawal, waktu dimana berpusu-pusu orang nak buat OPEN HOUSE. Mungkin golongan2 penggemar diet sudah pun terbaca mana2 artikel berkenaan dengan "Tips Makan di Rumah Open House". Jadi admin tak perlu nak sentuh pasal tu, apa yang admin nak fokuskan untuk kali ni ialah : BISKUT RAYA.

Selain hidangan utama, setiap rumah mesti ada menyediakan biskut raya atau kerepek-kerepek dekat dalam balang kuih. Biasanya kita akan makan biskut-biskut ni semasa kita sedang giat berborak dengan tuan rumah. Untuk menjalani diet yang berkesan, hati-hati dengan biskut raya! Apa yang anda kena tahu dengan biskut raya?

  • Kebanyakan biskut raya adalah jenis makanan padat kalori.
  • Kebanyakan ramuan dalam biskut, wajib ada tepung, marjerin dan gula. (bahagian asas)
  • Penyumbang kalori, bukan sahaja gula, tetapi tepung dan marjerin tu lebih banyak menyumbang. (ini belum tambah yang ada coklat dan kacang)
  • Biskut raya kegemaran pasti akan menjadi gian dan tanpa kita sedari, kita boleh habiskan satu balang tanpa sedar.
  • Ada ke biskut raya sayur? kalau ade pun, 1 dalam 50 jenis kan.
Saiznya kecil, tapi kalori nya setanding sesenduk nasi.
Sebabnya, tepung, gula, marjerin, coklat, telur dan lain2
adalah penyumbang kalori anda!

Tips untuk menjadi pemakan biskut raya yang bijak :

1. Makanlah biskut raya selepas makan hidangan utama, sebab bila anda kenyang, anda tak makan manisan dengan banyak.
2. Jika terdapat 5 jenis biskut yang terhidang, dan anda nak rasa semua, sila rasa hanya 1 biji biskut setiap darinya.
3. Makan biskut raya yang betul-betul anda rasa tertarik nak makan.
4. Pilih yang tidak bercoklat, pilihan yang berkacang seperti badam, gajus atau kuaci adalah lebih baik. (sebabnya, ada lemak baik dan ada serat)
5. Minum air kosong selepas makan biskut raya.
6. Kalau kerepek, beringatlah, jangan makan terlalu banyak sampai habis satu balang, biasanya kerepek ini melekakan.
7. Ingat, setiap ramuan dikira kalorinya; tepung, telur, marjerin, gula, cornflakes, oat, coklat, kacang, jem nenas. apa lagi? haaa.. kira, kira.

Jadi, kesimpulannya, bersederhanalah kerana dalam sehari, kita hanya perlu ambil 2000 kcal sahaja bagi yang betul-betul nak diet.

"selamat hari raya, selamat menjamah biskut raya"

Tuesday, December 24, 2013

TD24 : Menu Malaysia 3.0

MENU MALAYSIA : SATE AYAM

Nama : Sate
Bangsa Makanan : Melayu.
Waktu Makan : Makan Malam
Jenis : Makanan Majlis2 Khas / Sampingan
Komposisi : Lemak dan Protein.
Kelebihan : Istimewa untuk majlis perayaan atau mana2 majlis keramaian.
Kelemahan : Tiada serat, berlemak dan mudah hangus.
Jumlah Kalori : 170 kcal / 5 cucuk (Sumber : JKMM)

Makan sate tiap-tiap hari, umpama hari-hari, Hari Raya! 
Selalunya nak jumpa sate ni mase hari raya je.. tak pun kalau ada juadah ni kat mana-mana majlis mesti orang akan rebut benda ni dulu.
Istimewa katanya..

Jadi kat sini adalah sedikit tips atau cara nak memakan makanan istimewa ni secara bijak.
Memang la benda ni sah-sah berlemak walaupun dipanggang, tapi kita mesti lah nak makan jugak walaupun tengah berdiet kan. Jadi sekarang admin nak bagitau apa yang korang boleh buat ketika nak ambil sate ni.

Saranan untuk makan sate : 5 CUCUK 
(Ok, kat gamba ade 4 je kan.. sorilah, admin termakan 1 cucuk sebelum amek gmbar ni)

- Kalau sate tu ade pilihan yang pelbagai, pilih yang takde lemak kat tengah2 tu.. (ok fine sedap kan?), ambil 1 cucuk je boleh?
- Ambil kuah kacang ikut kuantiti sate, jangan main curah je. (ikut gambar contoh di atas, Kuah = 2 tbsp)
- Makan sekali dengan timun dan bawang dalam kuantiti 1 cawan.
- Pilih sate yang paling kurang ada hangus. (Hangus2 tu bukan sebab tak sedap, tapi tidak menyihatkan)
- Kalau sate tu dilonggokkan, ambil yang atas-atas, jangan amek yang kat bawah-bawah.. banyak minyak turun dan kumpul kat bawah.
- Ingat, 5 cucuk sate ayam menyumbangkan 170kcal. (Sate daging tak pasti pulak)
- Nasi Impit? Tengok berapa banyak makanan jenis karbohidrat yang korang dah ambil masa tu. Kalau makan sate semata, ambillah dalam satu kiub kecil (4 potong kiub)

"kira cucuk sate bersamaan dengan kira kalori dan menjimatkan wang"

Saturday, December 14, 2013

TD22 : Menu Malaysia 2.0

MENU MALAYSIA : ROTI CANAI / TEH TARIK

Nama : Roti Canai
Nama Pasangan : Teh Tarik
Bangsa Makanan : India.
Waktu Makan : Sarapan, Makan Malam.
Jenis : Makanan ringan, tapi padat tenaga. (Energy-dense food)
Komposisi : Karbohidrat, Lemak, Protein.
Kelebihan : Makanan kegemaran Malaysia, terkenal, sedap.
Kelemahan : Tiada serat dan berlemak.
Jumlah Kalori : 301 kcal sekeping. (Sumber : JKMM)

Roti canai, antara makanan paling simple untuk dimakan pada waktu pagi.
Selain dibuat sarapan, roti canai juga menjadi pilihan terbaik untuk dibuat supper bagi yang suka melepak2 dekat kedai mamak.
Nampak simple, tapi kandungannya takdelah simple pun. Banyak je nutrien2 yang tinggi kalori dalam tu, lagi-lagi lemak.. Mana tak nya, diuli dengan marjerin dan minyak sapi, lepas tu dicanai pun dok renjis-renjis lagi minyak tu.. lepas tu, dimasak pulak dengan minyak. Triple minyak detected!!

Pilihan Admin :
1 keping Roti Canai
1 piring kuah kari bersambal
1 gelas Teh Panas (tidak dikacau)
TIPS dan SARANAN :
1. Makan set makanan "roti canai + teh tarik" ni paling maksima 2 kali seminggu.
2. Mintak kuah diasingkan, jangan cuba-cuba nak order roti banjir dengan kuah pulak, nanti roti lemas, awak berlemak pulak.
3. Roti mentega atau roti BOM? Oh tidak.. Lupakanlah kalau anda betul2 nak berdiet k. Dah berminyak nak tambah lemak lagi.. hmmm..
4. Tukar air teh tarik kepada teh panas dan jangan kacau pulak susu pekat manis (krimer manis) kat bawah tu.
5. Nak jugak teh tarik? Fine, mintak kurang manis k.
6. Nak makanan yang seumpama dengan roti canai, tapi tegar nak diet, pilihlah Capati atau Tosai dimana kalorinya lebih sedikit dari Roti Canai.
7. Untuk supper, anda yang betul2 nak diet tak digalakkan untuk makan Set Menu Malaysia ni. Pilih makanan lain k? Air barli ke.. lebih menyihatkan.

"Kadang-kadang kita perlu berkorban dan menjadi lebih bijak untuk kekal sihat"

Sunday, December 1, 2013

TD18 : Menu Malaysia 1.0

MENU MALAYSIA : NASI LEMAK

Nama : Nasi Lemak.
Bangsa Makanan : Melayu.
Waktu Makan : Sarapan.
Jenis : Makanan berat.
Komposisi : Karbohidrat, Lemak, Protein.
Kelebihan : Makanan kebangsaan Malaysia, terkenal, sedap.
Kelemahan : Tiada serat dan berlemak.
Jumlah Kalori : 389 kcal sepinggan. (Sumber : JKMM)

**JKMM Jadual Komposisi Makanan Malaysia

Rakyat Malaysia mana yang tak makan Nasi Lemak kan?
Nasi Lemak ni sering menjadi isu sebab namanya sendiri yang dah membangkitkan isu iaitu perkataan "Lemak", dan juga isunya sebagai makanan kebangsaan Malaysia yang menjadi simbol kepada negara kita ni.
Salah ke makan Nasi Lemak? Kalau ikutkan admin, tidaklah jawapannya.
Macam mana nak jadikan Nasi Lemak ini lebih menyihatkan? Ada 2 cara, yang pertama dari segi kawalan, yang kedua dari segi ubahsuai.

1) Dari Segi Kawalan

Nasi Lemak Sihat (Kawalan)
1. Ambil nasi maksimum 2 senduk.
2. Pilih telur rebus separuh.
3. Ikan bilis dan kacang goreng ambil satu sudu makan shj.
4. Ambil timun (minimum 2 potong)
5. Elakkan mengambil sambal sekali dengan lapisan minyak.

2) Dari Segi Ubahsuai.
- Gantikan santan dengan susu cair atau campurkan kedua-dua sekali (nisbah air:susu cair:santan ialah 3:2:1)
- Panggang kacang tanah lebih baik berbanding goreng (atau sangaikan saje, goreng tanpa minyak)
- Tambahkan menu tambahan seperti kangkung rebus sebagai lauk.
- Tumis sambal dengan kuaniti minyak yang sedikit, lebihkan air dari minyak.
- Makan telur rebus dan potong empat telur tersebut.

"nenek moyang kita telah menciptakan satu makanan yang istimewa buat kita,
kita hanya perlu menjaga warisannya, dan juga berfikir untuk terus menjadi sihat"