Tuesday, December 31, 2013

TD26 : Susu Skim

Susu ada banyak jenis, antarnya, susu segar, susu penuh krim, susu rendah lemak, susu berperisa coklat, strawberi dan lain-lain.
Bila seseorang tu sedang berdiet, kadang-kadang diorang akan tertanya-tanya, elok ke ambil susu? Dan konfem diorang mesti akan pilih Susu Rendah Lemak.

Takde betul atau salah pun kalau nak ambil susu masa berdiet, cuma sekarang ni nak perkenalkan kat korang satu jenis susu yang bernama SUSU SKIM.
Tahu tak apa susu skim ni? Ia merupakan susu yang tidak mempunyai lemak. Kalau rendah lemak, hanya kurang, yang ni memang takde langsung (dalam 0.1% kandungan lemak)

Contoh Susu Skim kotak.
Biasanya, mudah didapati dalam bentuk susu tepung.
Jenama yang biasa utk susu tepung : SUNLAC
Kebaikan Susu Skim :
1. Kebanyakannya, susu skim tinggi kalsium (373.6 mg Kalsium) berbanding susu penuh krim yang hanya mengandungi 183.4 mg Kalsium.
2. Jumlah lemak dan kolestrolnya lebih rendah dari susu-susu yang lain.
3. Nilai kalorinya lebih rendah iaitu dalam 90 kcal untuk 4 sudu makan susu tepung. (Susu penuh krim = 145 kcal)
4. Nilai proteinnya sama sahaja untuk semua jenis susu mengikut sukatan 4 sudu makan susu tepung atau segelas susu siap bancuh (dari susu kotak)
5. Elok untuk diminum sebelum tidur, kerana proteinnya sesuai untuk dicernakan semasa tidur.

#SusuSkim

"dah kenal, sebarkanlah pula kepada orang lain. #SusuSkim"

TD25 : Segera lagi menyihatkan

Anda student?
Anda keseorangan di rumah?
Anda tak tahu masak?

Ok, antara dalam golongan2 ni mesti suka makan Maggi kan? Ye la, kalo bukan Maggi pun, Mi Sedaap ke, Mi Ruski ke, Mi Mamee ke.. ape-ape je lah asalkan makanan segera yang hanya 2 minit je penyediaannya.

Korang tahu ke kenapa mi segera ni tak elok? Ke sebab trending? Bila orang cakap tak elok, kita pun cakap tak elok.. Ok, ni pencerahannya :

- Makanan segera mengandungi kandungan garam (sodium) yang sangat tinggi. Satu paket boleh mencecah sampai 1100 - 1305 mg Sodium. (kita disarankan utk amek sodium maksimum sampai 2400 mg je)
- Makanan jenis ni merupakan makanan yang diproses, di mana ia telah ditambah dengan pelbagai bahan pengawet. Bahan pengawet ni bahan kimia, jadi akan ade kesan sampingan terhadap organ-organ dalam badan.
- Makanan segera ni mengandungi lemak trans, iaitu lemak yang paling tak elok.
- Makanan segera ni tak seimbang, sebab benda yang perlu diambil sedikit, dibanyakkan (contoh, sodium) dan benda yang perlu diambil lebih, dikurangkan (contoh, serat).

Maka, marilah kita sama-sama melihat cara terbaik utk ubah suai (modified) makanan segera kita ni untuk menjadi lebih sihat.

Ni antara bahan-bahan Mi Sedaap Goreng Kriuk2.
Apa yang ditambah ialah, kobis dan cili.
Kalau rajin lagi, boleh letak bawang sikit.

TADAAA!!
Inilah hasilnya, Hi-Fiber Mi Sedaap!
Meriahkan hidangan anda dengn sayur-sayuran utk menjadikan
mi segera anda lebih SEIMBANG!

Diskusi dan ulasan terhadap menu yang diubah suai di atas :
1. Jika anda membuat 2 paket mi, gunakan perencah yang serbuk tu 1 paket je.
2. Lebihkan sayur-sayuran untuk stabilkan rasa dan untuk rasa cepat kenyang disebabkan ada kandungan serat (ade sesetengah orang yg tak suka sayur, bila ada sayur mesti ade tendency utk dia makan sikit.. haaa.. taktik menjadi!)
3. Tambahkan bawang dan cili atau apa-apa bahan untuk bagi penambah rasa asli instead korang guna sampai 2 paket perencah serbuk)
4. Jangan tambah minyak masak, guna je minyak bijan yang disediakan.
5. Kalau buat Mi Segera versi sup, buat seperti biasa dengan tambahkan sayur-sayuran seperti kobis, sawi atau tomato. Yang paling penting, jangan hirup sluurpp2 sampai habis kuahnya (ni bagi yang nak kawal kandungan garam dan lemak)
6. Elakkan tambah telur sebab dalam mi tu dah ada protein yang cukup, dimana terdapat telur dah kat dalam mi tu (ni nak elakkan pengambilan kuning telur yang tinggi kolestrol dalam satu waktu makan)
7. Kenapa tambah sayur? Sebab ada kandungan serat (fiber) dan vitamin. Barulah seimbang!

"jika yang segera itu ambil masa 2minit, yang sihat itu hanya tambah beberapa saat"

Tuesday, December 24, 2013

TD24 : Menu Malaysia 3.0

MENU MALAYSIA : SATE AYAM

Nama : Sate
Bangsa Makanan : Melayu.
Waktu Makan : Makan Malam
Jenis : Makanan Majlis2 Khas / Sampingan
Komposisi : Lemak dan Protein.
Kelebihan : Istimewa untuk majlis perayaan atau mana2 majlis keramaian.
Kelemahan : Tiada serat, berlemak dan mudah hangus.
Jumlah Kalori : 170 kcal / 5 cucuk (Sumber : JKMM)

Makan sate tiap-tiap hari, umpama hari-hari, Hari Raya! 
Selalunya nak jumpa sate ni mase hari raya je.. tak pun kalau ada juadah ni kat mana-mana majlis mesti orang akan rebut benda ni dulu.
Istimewa katanya..

Jadi kat sini adalah sedikit tips atau cara nak memakan makanan istimewa ni secara bijak.
Memang la benda ni sah-sah berlemak walaupun dipanggang, tapi kita mesti lah nak makan jugak walaupun tengah berdiet kan. Jadi sekarang admin nak bagitau apa yang korang boleh buat ketika nak ambil sate ni.

Saranan untuk makan sate : 5 CUCUK 
(Ok, kat gamba ade 4 je kan.. sorilah, admin termakan 1 cucuk sebelum amek gmbar ni)

- Kalau sate tu ade pilihan yang pelbagai, pilih yang takde lemak kat tengah2 tu.. (ok fine sedap kan?), ambil 1 cucuk je boleh?
- Ambil kuah kacang ikut kuantiti sate, jangan main curah je. (ikut gambar contoh di atas, Kuah = 2 tbsp)
- Makan sekali dengan timun dan bawang dalam kuantiti 1 cawan.
- Pilih sate yang paling kurang ada hangus. (Hangus2 tu bukan sebab tak sedap, tapi tidak menyihatkan)
- Kalau sate tu dilonggokkan, ambil yang atas-atas, jangan amek yang kat bawah-bawah.. banyak minyak turun dan kumpul kat bawah.
- Ingat, 5 cucuk sate ayam menyumbangkan 170kcal. (Sate daging tak pasti pulak)
- Nasi Impit? Tengok berapa banyak makanan jenis karbohidrat yang korang dah ambil masa tu. Kalau makan sate semata, ambillah dalam satu kiub kecil (4 potong kiub)

"kira cucuk sate bersamaan dengan kira kalori dan menjimatkan wang"

Saturday, December 21, 2013

TD23 : Kuah pun nak berkira?

Ada orang suka makan takde kuah,
Ada orang suka makan dengan sesudu kuah,
Ada orang suka makan kuah banjir,
Ada orang suka makan kuah je.. haha

Bila cakap pasal nak makan secara sihat, orang mesti akan fikir pasal oat la, epal la, susu la, ikan salmon la dan macam2 lagi.. Korang tau tak KUAH pun boleh effect kat kesihatan kita?
KUAH? Really? like serious?? hahaha.. YUP! 

Bagi yang ade penyakit kolestrol tinggi, darah tinggi mahupun kencing manis, KUAH antara makanan sampingan yang kita kena titikberatkan.
Sebab apa? kebanyakan kuah mcam kuah kari, asam pedas, sup daging, rendang, kuah masak lemak dan lain2 mempunyai minyak, santan, garam dan kadang2 ada orang suka letak gula.

Sekarang admin nak bagi tips untuk mengawal pengambilan kuah apabila makan di luar.. sebab kalau korang makan kat rumah, pandai2 lah sukat kuah sendiri kan? Walaupun anda masih dalam keadaan sihat, manja2kan lah ambil kuantiti kuah dalam kadar yang sedikit.. nnti bila sakit nanti takdelah kekok sangat nak ambil kuah sikit (nauzubillah).

Contoh Menu Makanan Luar : NASI KUKUS
Ni contoh yang biasa anda buat. Betul kan?
Orang kedai tu yang akan tuangkan kuah tu kat atas nasi bagi banjir.
Segala garam, lemak dan minyak sume korang boleh habeskan dalam 1 masa je.

Ni contoh yang admin nak cadangkan kat korang.
Mintak kuah asing, dan tak semestinya korang kena habiskan kuah tu.
Jadi, sumber2 garam dan lemak tu dapat dikawal.
Air? Yup, minum air suam je k. Nasi tu da banyak, tak perlu nak ambil minuman bergula lagi.
Ok tu tips untuk makan kat luar dimana pekedai tu yang ambilkan lauk.
Kalau makan kat kedai yang kita kena cedok sendiri macam mana? atau time dekat kenduri ke, open house ke? Kat sini admin ada satu tips utk ambil kuah yang permukaan dia kite tengok minyak setebal 1 inci, lemak2 lembu bertaburan di permukaan.



 Kalau kita lihat, ada banyak sangat lemak2 daging terapung kat permukaan sup tu, sekali dengan lapisan minyak kan.. jadi, kita gaulkan untuk alih dan menyelerakkan lemak2 tu ke tepian, dan cedok laju2 untuk ambil isi kuahnya. Selamat Mencuba!

"kurang kuah, kurang lemak, kurang minyak, badan sihat!"

Saturday, December 14, 2013

TD22 : Menu Malaysia 2.0

MENU MALAYSIA : ROTI CANAI / TEH TARIK

Nama : Roti Canai
Nama Pasangan : Teh Tarik
Bangsa Makanan : India.
Waktu Makan : Sarapan, Makan Malam.
Jenis : Makanan ringan, tapi padat tenaga. (Energy-dense food)
Komposisi : Karbohidrat, Lemak, Protein.
Kelebihan : Makanan kegemaran Malaysia, terkenal, sedap.
Kelemahan : Tiada serat dan berlemak.
Jumlah Kalori : 301 kcal sekeping. (Sumber : JKMM)

Roti canai, antara makanan paling simple untuk dimakan pada waktu pagi.
Selain dibuat sarapan, roti canai juga menjadi pilihan terbaik untuk dibuat supper bagi yang suka melepak2 dekat kedai mamak.
Nampak simple, tapi kandungannya takdelah simple pun. Banyak je nutrien2 yang tinggi kalori dalam tu, lagi-lagi lemak.. Mana tak nya, diuli dengan marjerin dan minyak sapi, lepas tu dicanai pun dok renjis-renjis lagi minyak tu.. lepas tu, dimasak pulak dengan minyak. Triple minyak detected!!

Pilihan Admin :
1 keping Roti Canai
1 piring kuah kari bersambal
1 gelas Teh Panas (tidak dikacau)
TIPS dan SARANAN :
1. Makan set makanan "roti canai + teh tarik" ni paling maksima 2 kali seminggu.
2. Mintak kuah diasingkan, jangan cuba-cuba nak order roti banjir dengan kuah pulak, nanti roti lemas, awak berlemak pulak.
3. Roti mentega atau roti BOM? Oh tidak.. Lupakanlah kalau anda betul2 nak berdiet k. Dah berminyak nak tambah lemak lagi.. hmmm..
4. Tukar air teh tarik kepada teh panas dan jangan kacau pulak susu pekat manis (krimer manis) kat bawah tu.
5. Nak jugak teh tarik? Fine, mintak kurang manis k.
6. Nak makanan yang seumpama dengan roti canai, tapi tegar nak diet, pilihlah Capati atau Tosai dimana kalorinya lebih sedikit dari Roti Canai.
7. Untuk supper, anda yang betul2 nak diet tak digalakkan untuk makan Set Menu Malaysia ni. Pilih makanan lain k? Air barli ke.. lebih menyihatkan.

"Kadang-kadang kita perlu berkorban dan menjadi lebih bijak untuk kekal sihat"

Wednesday, December 11, 2013

TD21 : Ukur saiz badan, ukur saiz makanan

Kebanyakan tips yang admin sampaikan mesti ada pasal suruh kurangkan kuantiti.
Kurang, kurang dan kurang.. Seberapa banyak kurang yang kurangnya? Haaa.. hari ni admin nak senaraikan perkakas-perkakas makanan untuk menyukat makanan anda.

Dalam alat pengukuran rumahtangga (perkakas untuk makan), ada 3 jenis yang anda kena tahu.
1. Kumpulan Pinggan / Mangkuk
2. Kumpulan Kutleri atau Sudu / Senduk
3. Kumpulan Cawan / Gelas

PINGGAN : Biru (P1), Hijau (P2)
MANGKUK : Oren (M1), Hijau (M2), Biru (M3), Hijau Besar (M4)
SUDU : Dari kiri ; tsp, dsp, tbsp, sup, senduk
CAWAN : Clear (C1), Gelas Krim (C2)
PINGGAN
Piring Kuih (P1) : Diameter 19.5 cm
Pinggan Makan (P2) : Diameter 27.5 cm

MANGKUK
Mangkuk Kecil (M1) : 150 ml
Mangkuk Sederhana (M2) : 250 ml
Mangkuk Besar (M3) : 450 ml
Mangkuk X-Besar (M4) : 600 ml

SUDU 
Sudu Teh (tsp) : 5 ml
Sudu Makan (dsp) : 10 ml
Sudu Makan Besar (tbsp) : 15 ml
Sudu Sup (sup) : 10 ml
Senduk : 30 ml

CAWAN / GELAS
Cawan (C1) : 200 ml
Gelas (C2) : 280 ml
Cawan Kedai Kopi : 150 ml

"Sukat makanan anda untuk saiz badan yang diidamkan"

Thursday, December 5, 2013

TD20 : Kenali mereka, "Dietitian"

Sekarang dah tahun 2013.
Dijangka Malaysia akan maju dalam tahun 2020.
Ada 7 tahun lagi negara kita nak capai negara maju mengikut perancangan Wawasan 2020.

Nak maju, bukan setakat maju teknologi.
bukan setakat maju bangunan tinggi.
bukan setakat maju dapat belajar tinggi.

Tapi, kita kena majukan diri sendiri jugak.
Nak majukan diri sendiri ada banyak cara, dari segi kerohanian, kematangan, tahap ilmu, tahap kesihatan dan sebagainya.

Jadi kita fokuskan kepada memajukan diri dari segi KESIHATAN.
Dan perkara yang paling memberi kesan terhadap kesihatan kita adalah MAKANAN.
Anda tak dipaksa untuk belajar pasal nutrition atau pemakanan sihat sampai kena ambil Degree, Master dan sebagainya. Sebab dah ada orang yang dah lalui atau dah pelajari benda2 yang ke arah itu.
(contoh terdekat, macam admin ni la.. hehe)
Jadi tugas kami ini adala untuk mengajar dan memberi khidmat kaunseling pemakanan sihat kepada anda, anda dan anda semua.

Siapa yang akan ajar anda tentang DIET?
DIETITIAN - lah!
Malangnya, masih ramai yang tak tahu apa itu NUTRITIONIST dan DIETITIAN.
Ok secara ringkasnya, mereka berdua adalah pakar pemakanan.

Nutritionist (Peg.Sains Pemakanan) : Mengawal pemakanan orang sihat bagi mengelak dari terkena penyakit.
Dietitian (Peg.Dietetik) : Memberi kaunseling pemakanan kepada orang yang dah sakit supaya penyakitnya tidak melarat dan dalam keadaan terkawal.

Disebabkan admin lebih kepada dietitian, jadi inilah antara contoh2 jenis dietitian yang wujud bagi membantu anda :

PEGAWAI DIETETIK KLINIKAL
(Clinical Dietitian)
- Bekerja di dalam skop klinikal lebih kepada memberi kaunseling diet
kepada pesakit selepas dirujuk oleh Doktor.
- Tempat klinikal samada di Hospital atau Klinik Kesihatan.
- Kaedah yang digunakan adalah dengan aplikasikan Terapi Pemakanan Perubatan
(Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit.

PEGAWAI DIETETIK KATERING
(Catering Dietitian)
- Membuat perancangan menu kepada pesakit.
- Menguruskan perihal dapur dalam Jabatan Dietetik dan Sajian di hospital.
- Membuat tempahan stok makanan.
- Memantau tukang masak dan penghantar makanan kepada pesakit di wad.
- Memastikan makanan dan premis dapur sentiasa dalam keadaan bersih.

PEGAWAI DIETETIK KOMUNITI
(Community Dietitian)
- Bekerja untuk komuniti atau masyarakat dalam memberi kaunseling secara percuma.
- Lebih kepada pencegahan dan pengawalan penyakit melalui pemakanan sihat.
- Bekerja bersama Nutritionist dalam mencegah dan memberi intervensi.
- Membuat kaji selidik untuk mengenal pasti pola pemakanan sesbuah komuniti.

"kenalilah dietitian seperti mana kamu mengenali doktor,
mereka perlu antara satu sama lain"

TD19 : Mai Secawan

Kalau di restoran, warung, gerai atau mana-mana tempat makan..
Semestinya kita akan order air kan? Dan kalau citer pasal air ni, ramai yang anggap.. "Alaa, air je kot.. diet ke tak diet ke, minum je la air ape-ape pn..." 
Ini merupakan satu persepsi yang salah. Ingat, kalori itu hadir bukan sahaja dari makanan, tetapi juga hadir dalam minuman yang anda ambil.

Pertama sekali,
Anda kena tahu, dalam banyak2 air, air yang TAK ADA langsung kalori, atau 0 kalori, adalah :
- Air Kosong / Air Suam / Air Masak / Air Mati (atau apa2 nama yang anda panggil)
- Air Mineral / Air Minuman
- Air Soda (Soda Water) - BUKAN Aiskrim Soda!
- Air Pepsi/Coke Light atau Diet Coke
- Air Teh/Kopi tanpa gula

Semua jenis air termasuk air bergula, air kordial, air susu, air jus buah, air coklat, air beralkohol dan lain2 mengandungi KALORI.
Jadi bila ada kalori, ada tenaga yang disumbangkan. Jadi kalau banyak minum, tapi tak gunakan tenaga yang kita dapat, akan jadi lemak. Jadi bile dah berlemak, akan gemuk! haaa.. nampak tak permainan die? Jangan ingat minum air manis banyak2 boleh jaga badan.

Jadi sekarang,
Admin nak tunjuk tips nak pilih minuman berkalori secara sihat. Bandingkan kedua air di bawah.

Air Teh O
60 kcal (1 sudu makan membumbung gula)

Air Teh Susu
120 kcal (4 sudu makan aras krimer pekat manis)

Tips untuk kekal sihat dengan minuman kegemaran anda :
1. Pesan "kurang manis" atau "kurang gula" untuk minuman kepada pekedai.
2. Jangan kacau semua gula atau krimer pekat manis di bawah permukaan minuman anda. (seperti gambar kat atas ni)
3. Kalau pesan air buah, pesan tanpa gula atau kurang gula. (buah sendiri dah ada gula, jangan tamak ok)
4. Jangan kerap amalkan pesan air tanpa ais, lebih2 lagi kalau beli air di Restoran Fast Food kerana apabila ais lebih, air akan kurang, gula pun akan kurang.
5. Elak pesan "kaw" bagi minuman bermalta seperti milo / vico / ovaltine dan lain2.

"jangan malu pesan air kosong di kedai makan, bukan berjimat tapi bersihat"

Sunday, December 1, 2013

TD18 : Menu Malaysia 1.0

MENU MALAYSIA : NASI LEMAK

Nama : Nasi Lemak.
Bangsa Makanan : Melayu.
Waktu Makan : Sarapan.
Jenis : Makanan berat.
Komposisi : Karbohidrat, Lemak, Protein.
Kelebihan : Makanan kebangsaan Malaysia, terkenal, sedap.
Kelemahan : Tiada serat dan berlemak.
Jumlah Kalori : 389 kcal sepinggan. (Sumber : JKMM)

**JKMM Jadual Komposisi Makanan Malaysia

Rakyat Malaysia mana yang tak makan Nasi Lemak kan?
Nasi Lemak ni sering menjadi isu sebab namanya sendiri yang dah membangkitkan isu iaitu perkataan "Lemak", dan juga isunya sebagai makanan kebangsaan Malaysia yang menjadi simbol kepada negara kita ni.
Salah ke makan Nasi Lemak? Kalau ikutkan admin, tidaklah jawapannya.
Macam mana nak jadikan Nasi Lemak ini lebih menyihatkan? Ada 2 cara, yang pertama dari segi kawalan, yang kedua dari segi ubahsuai.

1) Dari Segi Kawalan

Nasi Lemak Sihat (Kawalan)
1. Ambil nasi maksimum 2 senduk.
2. Pilih telur rebus separuh.
3. Ikan bilis dan kacang goreng ambil satu sudu makan shj.
4. Ambil timun (minimum 2 potong)
5. Elakkan mengambil sambal sekali dengan lapisan minyak.

2) Dari Segi Ubahsuai.
- Gantikan santan dengan susu cair atau campurkan kedua-dua sekali (nisbah air:susu cair:santan ialah 3:2:1)
- Panggang kacang tanah lebih baik berbanding goreng (atau sangaikan saje, goreng tanpa minyak)
- Tambahkan menu tambahan seperti kangkung rebus sebagai lauk.
- Tumis sambal dengan kuaniti minyak yang sedikit, lebihkan air dari minyak.
- Makan telur rebus dan potong empat telur tersebut.

"nenek moyang kita telah menciptakan satu makanan yang istimewa buat kita,
kita hanya perlu menjaga warisannya, dan juga berfikir untuk terus menjadi sihat"