Sunday, February 16, 2014

TD33 : Diet khas buat Autisme

Pernah dengar pasal "AUTISME"?
Pernah ambil kisah tentang kanak-kanak autisme?
Mungkin tidak, sebab mungkin tiada penghidap autisme dalam keluarga kita kan?
Info kali ini, admin dah mula nak bincangkan pasal "Penyakit dan Diet".
Kita mulakan dengan penyakit autisme yang kebiasaannya terjadi sewaktu zaman kanak-kanak.
Manalah tahu kalau korang ada kawan2 atau saudara-mara atau nak jadi sukarela menjaga kanak-kanak istimewa ni, bolehlah adaptasikan tips-tips cara pemakanan untuk autisme ni.

Autisme atau dalam Bahasa Inggerisnya, Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan sistem saraf yang menyebabkan gangguan pada otak. Ini dapat menyebabkan masalah hubungan komunikasi dan juga masalah sosial.

Pemakanan untuk kanak-kanak Autistik ialah Makanan Bebas Guten dan Kasein.

Gluten ialah protein yang terkandung di dalam gandum.
Contoh makanan yang mempunyai gluten ialah roti, tepung gandum, barli, kek, malta, sos dan sebagainya.

Kasein ialah protein yang terkandung di dalam susu dan produk tenusu.
Contoh makanan yang mengandungi kasein ialah susu, keju, yogurt, coklat, mentega, sour cream dan sebagainya.

Pesakit autisme berkemungkinan mempunyai alergi atau sensitif terhadap makanan yang mengandungi gluten dan kasein. Penghadaman protein dari gluten dan kasein berbeza bagi pesakit Autisme berbanding manusia normal yang menyebabkan simptom autistik akan menjadi lebih teruk. Kebaikan diet bebas gluten dan kasein adalah untuk mengurangkan simptom autistik dan meningkatkan kelakuan sosial dan pertuturan.



Gandum dan produk tenusu merupakan antara jenis makanan yang sangat penting bagi sesetiap hidangan. Kita mungkin akan merasakan kesukaran untuk menyediakan makanan yang bebas dari gluten dan kasein ini.
Di sini admin ada senaraikan contoh-contoh hidangan yang sesuai.

Contoh-contoh menu bebas gluten dan kasein bagi Autisme :


Harap anda semua dapat mencuba dan amalkan diet ini kepada para Autisme. Autisme tidak dapat dirawat, tetapi dengan pemakanan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan simptom2 mereka yang kadang-kala mengganggu gerak kerja orang sekeliling.

Cubaan admin menyuapkan Lempeng jagung (tepung beras)
kepada kanak-kanak Autistik.

"pemakanan yang betul dapat menjadikan anak-anak Autisme merasa kesamaan seperti anak-anak normal buat seketika"

Sunday, February 9, 2014

TD32 : Simpanan Sihat

Para-para diet sekalian,
Apakah yang boleh mempengaruhi anda untuk terus berdiet?
Displin? Jati diri? Semangat waja?
Perasan tak benda yang betul-betul mempengaruhi anda untuk berdiet adalah simpanan makanan anda. Tidak kira dalam peti sejuk ke, dekat almari makanan ke, dekat atas meja makan ke, dekat dalam beg tangan atau dekat mana2 saje tempat anda simpan makanan dekat rumah.

Kebiasaannya kita akan makan benda yang ada di depan mata, tu pun kalau malas nak pergi beli la.
Jadi sekarang pergi buat spotcheck dekat dalam peti sejuk korang.
APA YANG ADA DEKAT DALAM PETI SEJUK ANDA??

Berikut adalah antara makanan-makanan yang tak patut ada dalam peti sejuk korang SEKIRANYA korang nak berdiet atau ingin mengamalkan makanan secara sihat :
1. Lauk semalam
2. Air berkarbonat
3. Fries
4. Nugget / Sosej
5. Aiskrim
6. Coklat / Gula-gula

Makanan-makanan yang tersenarai kat atas ni bukanlah tak boleh makan langsung, tetapi kalau boleh jangan biarkan makanan ini semua berada dalam peti sejuk tiap-tiap hari. Maknanya, lepas dah habiskan, janganlah pergi top-up balik. Tunggu dalam 2-3 minggu untuk tambahkan semula. Pastikan makanan-makanan kat atas ni tidak melebihi 3 jenis dalam satu tempoh masa yang sama.

Contoh penyimpanan makanan yang lebih sihat ialah :

Buah-buahan :
1-2 jenis buah sahaja dalam masa yang sama, jika dah habis, gantikan jenis buah yang lain pula. Contoh, Minggu 1, ada buah epal dengan oren dalam peti. Minggu ke-2, ada buah anggur pula. Ini bagi memastikan kita sentiasa dibekalkan dengan vitamin, mineral dan serat. Juga sebagai pengganti pemanis.

Susu / Produk Tenusu :
Sama juga macam penyimpanan buah, simpan ikut minggu. Minggu 1 boleh simpan susu rendah lemak dengan keju. Habiskan susu dalam tempoh 3-4 hari dan ambil keju untuk hari seterusnya. Minggu ke-2 gantikan susu dengan yogurt, serta teruskan dengan mengambil keju yang lebih dari minggu 1 tu. Ini bagi memastikan kita dibekalkan dengan kalsium dan protein yang menyihatkan.

Lain-lain :
- Ikan, daging, ayam dan makanan protein lain bolehlah disimpan seperti biasa jika memasak.
- Sayur-sayuran hijau lebih elok jika dibeli betul-betul masa nak masak.
- Gantikan fries dengan kentang sebenar, jangan simpan dalam peti sejuk pula.
- Gantikan nugget dengan ayam dipotong kiub, celupkan dengan tepung dan goreng. (Hmm.. macam nugget je kan? hehe)
- Lebih elok jika simpan air sejuk dari jus, melainkan jus sekotak tu hanya diminum segelas sehari.
- Makanan-makanan kering seperti roti dan biskut hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai, roti kena habiskan sebelum tarikh luput dan pilihlah yag gandum penuh berbanding dengan roti putih. Biskut simpan dalam tin.

Ini contoh simpanan dalam peti sejuk dekat rumah sewa Admin.
Bila rasa lapar, nak alas perut, ternampak benda-benda ni,
nak tak nak, makan je lah kan.. hehe
"sumber sihat anda bermula dari peti sejuk anda"

Friday, February 7, 2014

TD31 : Subway

SLOT KAFE / RESTORAN #2

Restoran : Subway
Bila konon-konon nak berdiet dan nak makan makanan yang sihat, mesti orang akan kaitkan dengan Subway. Bagi masyarakat kita, Subwaylah antara makanan Restoran Fast Food yang paling sihat.

Ada betulnya jugak, sebabnya, makanan kat Subway ni asasnya sandwich yang mengandungi semua jenis makanan yang seimbang. Tapi INGAT, tahap sihat sesebuah makanan tu dicorak oleh kita sendiri. 
Sebelum kita lihat tips pemilihan menu yang lebih menyihatkan, kita kenali dulu menu-menu sandwich yang ada kat Subway.

Ada 4 benda yang korang kena pilih :
1. Roti
2. Protein
3. Sayur-sayuran
4. Sos

Tips Pemilihan Menu TERBAIK mengikut 4 benda :

ROTI
- Honey Oat, Wheat

PROTEIN
Ayam/Turkey : Chicken Slice, Chicken Roasted, Turkey Breast
Daging : Roast Beef, Spicy Italian, Steak and Cheese.
Makanan Laut : Tuna, Seafood and Crab

SAYUR-SAYURAN
- Pilih semua lagi bagus, ikut mana sayur yang korang suka.
- Kalau nak pilih sayur yang seimbang, pilih lettuce (ni wajib!), unsur masam (tomato/olive), unsur asid jeruk (jalapeno/pickles), unsur peningkatan tekstur (bawang/timun)

SOS
- Pilih ikut unsur masam, unsur pedas, unsur lemak dan sos tambahan.
- Jangan ambil semua sebab sos-sos ni menyumbang kepada kalori secara senyap.
- Unsur Pedas (Sos Cili, Sos Lada Hitam), Unsur Masam (Sos Tomato, Mustard), Unsur Lemak (Mayonis, Sos Thousand Island), dan untuk tambahan (Ranch, Sweet Onion dll dimana kalau tak ambil pun takpe, sekadar untuk meningkatkan rasa)
- Hadkan pengambilan sos Unsur Lemak kalau pilih makanan laut seperti Tuna atau Seafood and Crab.

Pilihan Admin :
Roti Honey Oat
Chicken Slice
Semua sayur kecuali unsur asid jeruk
Sos lada hitam, mustard, thousand island.
"kalau sukar nak buat pilihan, pilih je Subway of the Day!"