Sunday, February 9, 2014

TD32 : Simpanan Sihat

Para-para diet sekalian,
Apakah yang boleh mempengaruhi anda untuk terus berdiet?
Displin? Jati diri? Semangat waja?
Perasan tak benda yang betul-betul mempengaruhi anda untuk berdiet adalah simpanan makanan anda. Tidak kira dalam peti sejuk ke, dekat almari makanan ke, dekat atas meja makan ke, dekat dalam beg tangan atau dekat mana2 saje tempat anda simpan makanan dekat rumah.

Kebiasaannya kita akan makan benda yang ada di depan mata, tu pun kalau malas nak pergi beli la.
Jadi sekarang pergi buat spotcheck dekat dalam peti sejuk korang.
APA YANG ADA DEKAT DALAM PETI SEJUK ANDA??

Berikut adalah antara makanan-makanan yang tak patut ada dalam peti sejuk korang SEKIRANYA korang nak berdiet atau ingin mengamalkan makanan secara sihat :
1. Lauk semalam
2. Air berkarbonat
3. Fries
4. Nugget / Sosej
5. Aiskrim
6. Coklat / Gula-gula

Makanan-makanan yang tersenarai kat atas ni bukanlah tak boleh makan langsung, tetapi kalau boleh jangan biarkan makanan ini semua berada dalam peti sejuk tiap-tiap hari. Maknanya, lepas dah habiskan, janganlah pergi top-up balik. Tunggu dalam 2-3 minggu untuk tambahkan semula. Pastikan makanan-makanan kat atas ni tidak melebihi 3 jenis dalam satu tempoh masa yang sama.

Contoh penyimpanan makanan yang lebih sihat ialah :

Buah-buahan :
1-2 jenis buah sahaja dalam masa yang sama, jika dah habis, gantikan jenis buah yang lain pula. Contoh, Minggu 1, ada buah epal dengan oren dalam peti. Minggu ke-2, ada buah anggur pula. Ini bagi memastikan kita sentiasa dibekalkan dengan vitamin, mineral dan serat. Juga sebagai pengganti pemanis.

Susu / Produk Tenusu :
Sama juga macam penyimpanan buah, simpan ikut minggu. Minggu 1 boleh simpan susu rendah lemak dengan keju. Habiskan susu dalam tempoh 3-4 hari dan ambil keju untuk hari seterusnya. Minggu ke-2 gantikan susu dengan yogurt, serta teruskan dengan mengambil keju yang lebih dari minggu 1 tu. Ini bagi memastikan kita dibekalkan dengan kalsium dan protein yang menyihatkan.

Lain-lain :
- Ikan, daging, ayam dan makanan protein lain bolehlah disimpan seperti biasa jika memasak.
- Sayur-sayuran hijau lebih elok jika dibeli betul-betul masa nak masak.
- Gantikan fries dengan kentang sebenar, jangan simpan dalam peti sejuk pula.
- Gantikan nugget dengan ayam dipotong kiub, celupkan dengan tepung dan goreng. (Hmm.. macam nugget je kan? hehe)
- Lebih elok jika simpan air sejuk dari jus, melainkan jus sekotak tu hanya diminum segelas sehari.
- Makanan-makanan kering seperti roti dan biskut hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai, roti kena habiskan sebelum tarikh luput dan pilihlah yag gandum penuh berbanding dengan roti putih. Biskut simpan dalam tin.

Ini contoh simpanan dalam peti sejuk dekat rumah sewa Admin.
Bila rasa lapar, nak alas perut, ternampak benda-benda ni,
nak tak nak, makan je lah kan.. hehe
"sumber sihat anda bermula dari peti sejuk anda"

No comments:

Post a Comment