Wednesday, October 8, 2014

TD38 : Langkah menghidang untuk mengurang

Antara tips yang paling terkenal dalam menjalani proses berdiet ialah :
Kurangkan Pengambilan Kalori.

Kurang kalori bermakna kurangnya pengambilan makanan.
Jadi anda mungkin sudah dapat mengenal pasti jenis-jenis makanan yang tinggi dan kurang kalori.
Kini, admin nak bagi salah satu tips yang boleh diaplikasikan oleh anda semua untuk mengurangkan pengambilan kalori ketika makan nasi berlauk tidak kira dai rumah atau di restoran.

CONTOH MENU KITA :
1. Telur dadar.
2. Sayur pucuk ubi masak lemak.
3. Daging goreng kunyit.
[TIPS & CONTOH]
Ini merupakan contoh lauk-pauk untuk makan tengahari anda.
Ketiga-tiga lauk ini boleh dikatakan makanan yang tinggi kalori kerana bergoreng dan bersantan.
Sayur masak lemak pun tinggi kalori kerana santannya.
Sengaja admin bagi lauk macam ni sebagai contoh supaya ia lebih dekat dengan kehidupan seharian anda.
(ada ke orang kita makan salad tengahari buta camni?? hehe)

Apa yang kita boleh buat untuk menjadikan hidangan kita lebih menyihatkan ialah :

1. Kurangkan nasi. (ambil 1 senduk sahaja)
2. Kurangkan pengambilan kuah berlebihan.

3. Ambil makanan bergoreng di bahagian atas kerana minyak dah berkumpul di bahagian bawah.
4. Jangan gaul makanan dengan lauk sekali kerana anda akan menggaul minyaknya sekali dengan nasi.
5. Ambil makanan bergoreng dalam kuantiti yang anda mahukan sahaja. (makanan bergoreng berlebihan di pinggan anda akan menyebabkan minyak terkumpul di permukaan pinggan anda)

Bagi merealisasikan langkah untuk mengurangkan kalori dalam hidangan anda ini, mari kita ikut langkah-langkah di bawah :

PERTAMA :
- Ambil sayur-sayuran dulu walau apa cara sekalipun.
- Bagi sayur yang berkuah lemak, tapis habis-habisan
kuah lemak tu sampai kering, kerana ia tidak akan kering.
(kuah masih ada dalam sayur, seperti dalam gambar)

KEDUA :
- Ambil telur dadar dan letakkan di hujung pinggan.
(supaya minyaknya tidak melekat di permukaan tengah pinggan)
- Ambil telur dadar tu sikit2 dulu.

KETIGA :
- Ambil daging goreng di bahagian atas dari pinggan lauk.
- Letak di sisi pinggan dan selerakkan bagi kurangkan
ruang untuk nasi.

AKHIR SEKALI :
- Letakkan nasi satu senduk sahaja di ruang yang ada.
- Makin sempit ruang, makin sikit nasi yang diambil,
makin KURANG kalori!
- Jangan tambah kuah ke atas nasi kerana kuah yang mengalir
di pinggan anda itu telah mencukupi.

Jika anda ikut langkah-langkah ini, dapatlah anda mengurangkan kalori dalam hidangan anda.
Nak lagi cantik, makan sayur hijau masak sup, selerakkan sehingga memenuhi separuh pinggan anda, nescaya anda akan ambil nasi dalam kuantiti yang sedikit.

KELEMAHAN tips ni apabila, anda nak TAMBAH nasi lagi.. jadi, terpulang pada anda. Semuanya tertakluk kepada disiplin masing-masing.

"hiasai pinggan anda dengan sayur-sayuran bagi mengurangkan kuantiti nasi yang tinggi kalori tanpa anda sedar"

No comments:

Post a Comment