Thursday, December 4, 2014

TD44 : Menu Diabetes

Contoh menu kali ini adalah untuk pesakit kencing manis dan semua lapisan masyarakat.
Sebenarnya, tiada menu yang khusus untuk pesakit kencing manis, apa yang penting adalah :

1. Kawalan makanan berkarbohidrat atau berkanji.
2. Kurangkan gula dalam minuman.
3. Elakkan makan makanan yang manis.
4. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan tinggi serat.
5. Kawal waktu makan dan jangan skip meal.

Contoh MENU : Barat (Western)

MENU WESTERN :
- Mushroom Soup
- Fillet-Oat-Fish
- Potato Salad
- Assorted Cut Fruit
- Minty Lemon Soda Drinks

Dalam menu ni, ada pembuka selera, hidangan utama, pencuci mulut dan air minuman.
Admin bagi contoh hidangan utama dia, ala-ala fish and chip, tapi ikan tu dipotong-potong jadi macam ala fish finger. Kuantiti dia sama sahaja dengan 1 fillet ikan. Menu ni sesuai untuk makan tengahari atau makan malam.

Mari kita lihat keseimbangan menu ni :
KARBOHDRAT : Tepung dan oat sebagai celupan ikan, kentang dari potato salad, sedikit tepung dari mushroom soup, buah-buahan.
PROTEIN : Ikan fillet, cendawan.
LEMAK : Minyak gorengan ikan dan sayur asparagus, mayonis dari potato salad, susu rendah lemak dari mushroom soup.
SERAT : Asparagus, herba-herba dalam potato salad, buah-buahan.


PEMBUKA SELERA
Mushroom Soup
(Sup Cendawan)
- Sumber karbohidrat dari tepung dan susu rendah lemak.
- Tidak mempunyai gula ringkas.


HIDANGAN UTAMA
Fillet-Oat-Fish with Potato Salad
(Fillet-Ikan-Oat dengan Salad Kentang)
- Sumber karbohidrat ada pada tepung adunan ikan.
- Dalam adunan juga ada mengandungi oat sebagai tambahan serat.
- Kentang dihidang dalam saiz 1 cawan sahaja.
- Salad kentang mengandungi bawang, daun ketumbar dan mayonis.
- Asparagus digoreng dengan sedikit minyak zaitun.
- Perahkan lemon untuk menaikkan rasa.


PENCUCI MULUT
Assorted Cut Fruits
(Aneka Buah-buahan Potong)
- Campuran buah dihidang bersama menjadi 1 hidangan buah.
- Tembikai, tembikai susu dan kiwi, pilihan tinggi vitamin dan serat.
- Pastikan makan dalam 1 hidangan sahaja (1 cawan)
- Taburkan kacang kisar bagi penambah rasa.


MINUMAN
Minty Lemon Soda Drinks
(Air Lemon Pudina Soda)
-  Gunakan air soda tanpa gula (jenama F&N atau Schweppes).
- Air soda dapat meningkatkan kesegaran
(bagi yang mudah bosan dengan air kosong).
- Tambahkan lemon dan daun pudina bagi meningkatkan rasa.


Dari menu ini, kita dapat simpulkan bahawa, untuk pesakit diabetes juga boleh menikmati juadah-juadah yang sedap dan menyelerakan. Untuk makanan melayu, usah risau, gantikan sahaja kentang itu dengan nasi, maka, 1 cawan atau 2 senduk sudah mencukupi untuk 1 waktu makan. Elakkan makan makanan manis seperti kuih-muih dengan terlalu banyak. Sekali minum petang, hanya 1 kuih dibenarkan. Boleh? Gantikan dengan buah untuk lebih sihat, tetapi masih 1 hidangan sekali waktu makan.

Ayuh kurangkan kandungan gula dalam badan bagi pesakit kencing manis !!

"makan dengan teratur, elakkan makanan manis, pasti akan terukir senyuman yang manis"

No comments:

Post a Comment